Pertama : Long Girdle
(1) Lipatkan bahagian atas dan bawah Girdle.
(2) Sarungkan Girdle seperti memakai seluar dalam biasa.
(3) Bila Girdle dah berada dalam kedudukan kemas, tarik lebihan lemak ke atas agar ia membentuk punggung anda.
(4) Perbetulkan kedudukan keseluruhan sehingga anda merasa selesa.
Kedua : Long Bra
(1) Sarungkan bra ke badan & kemaskan (masukkan) payu dara ke dalam cawan bra.
(2) Pasangkan cangkuk di bahagian belakang.
(3) Rendahkan badan ke hadapan. Tarik semua lebihan lemak di bawah ketiak & dibawah lengan dan bawa ke hadapan, masukkan ke dalam bra cup.
(4) Laraskan tali bra & kemaskan cawan bra supaya mendapat kedudukan yang selesa.
(5) Perbetulkan kedudukan bra mengikut keselesaan anda.
Ketiga : Waist Nipper.
(1) Pastikan tali2 yg dibelakang berkedudukan di tulang belakang kita.
(2)Bagi memudahkan pemakaian waist nipper, pastikan 'batu permata' berada agak2 ditengah badan (bahagian atas). (Ikut keadaan, ada sesetengah yang memang batu tu berada di tengah2 badan & ada yang ketepi sikit.)
(3) Pasang kesemua cangkuk. Perbetulkan kedudukannya (position cangkuk memang di tepi badan).
(4) Pegang kedua-dua hujung tali, tahan nafas & laraskan tali dengan menarik tali ke hadapan dan cangkuk kan ia. Cangkukkan ikut keselesaan. Pastikan ianya selesa.(membawa kesan pinggang meramping)
No comments:
Post a Comment